Majlis Perasmian Konvensyen Integriti, Tadbir Urus dan Antirasuah (KITA) 2023
Disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah. Majlis ini dihadiri 2300 orang penjawat awam. Antara pengisian majlis ialah Ikrar Polisi Integriti Penjawat Awam Negeri Sabah, Penyerahan Sijil Tamat Program Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) Siri 36 Bilangan 3 Tahun 2023 Kerajaan Negeri Sabah, Penyerahan Sijil Majlis Apresiasi Penambahbaikan Tata Kelola Agensi (APTA) kepada Pejabat Daerah dan Tanah Kinta, Perak (PDT Kinta), Pelabuhan Tanjung Pelepas Sdn Bhd, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Kementerian Kewangan Negeri Sabah.