PENGENALAN

Aspirasi KITA dicetuskan oleh YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah semasa ucapan perasmian Hari Integriti Negeri Sabah pada 1 September 2022 di Menara Kinabalu. Hasrat murni tersebut seterusnya diterjemah oleh YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, Setiausaha Kerajaan Negeri melalui jalinan kolaborasi bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

OBJEKTIF KITA

Meningkatkan ilmu pengetahuan, kemahiran dan keunggulan sahsiah diri.

Meningkatkan pendedahan dan memperkaya pengalaman melalui perkongsian ilmu pengetahuan, inspirasi kejayaan dan budaya berprestasi tinggi.

Mewujudkan sinergi pelbagai agensi dalam memaksimumkan penggunaan sumber dan idea dalam tindakan pemantapan Governans, Integriti, dan Antirasuah (GIA).

Memperluas jaringan profesional dan sosial antara peserta dengan pihak-pihak berkepakaran dalam bidang GIA.

TEMA KITA 2024

KITA 2024 memfokuskan kepada ISU DAN CABARAN Perkhidmatan Awam serta Syarikat Berkepentingan Kerajaan melalui spektrum STRATEGI, KESIAPSIAGAAN DAN KEBERKESANAN dalam menginstitusikan tatakelola terbaik berteraskan KEUTUHAN GOVERNANS, KELESTARIAN INTEGRITI DAN KEBERKESANAN STRATEGI ANTIRASUAH dalam mencapai matlamat organisasi, menyumbang kepada kestabilan ekonomi secara signifikan dan menjamin kelestarian masa depan.

IMPAK

Pelaksanaan KITA 2024 akan memberikan impak dalam aspek-aspek seperti yang berikut:

  • Meningkatkan ilmu pengetahuna, mengasah kemahiran dan membentuk sahsiah diri yang unggul dalam memperkasa usaha-usaha GIA.
  • Melebarkan jaringan profesional dan sosial yang akan merancakkan kolaborasi berteraskan pengurusan GIA antara agensi-agensi awam dan korporat.
  • Mendedahkan penjawat awam negeri dan warga SBK dengan realiti dan cabaran dalam pengurusan GIA.
  • Mengukuhkan hubungan baik antara Kerajaan Negeri dengan SPRM dan meningkatkan peluang kolaborasi dalam menjadikan Negeri Sabah sebagai negeri bebas rasuah.
  • Memastikan pemantapan jati diri dan penghayatan nilai-nilai murni dalam kalangan penjawat awam negeri dan warga SBK bagi menjamin kelestarian integriti secara berterusan demi kemaslahatan negeri Sabah.
  • Meningkatkan reputasi dan kredibiliti Kerajaan Negeri Sabah sebagai pelopor, peneraju dan penanda aras usaha pemantapan GIA di negara ini.

TARIKH & TEMPAT

KONVENSYEN INTEGRITI, TADBIR URUS DAN ANTIRASUAH 2024 (KITA 2024)
Tarikh: 14 & 15 Oktober 2024
Lokasi: Sabah International Convention Centre (SICC)

JAWATANKUASA PELAKSANA

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)



Pengerusi
Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pentadbiran)
Setiausaha Bersama
(i) Ketua Bahagian Integriti dan Governans Negeri Sabah, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
(ii) Pengarah Bahagian Pengurusan Integriti Agensi, SPRM
Sekretariat
(i) Bahagian Integriti dan Governans Negeri Sabah, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
(ii) Bahagian Pengurusan Integriti Agensi, SPRM
Jawatankuasa Pelaksana
(i) Pegawai Integriti Bertauliah Kerajaan Negeri Sabah
(ii) Agensi Kerajaan Negeri Sabah
(iii) Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah
(iv) SPRM Putrajaya dan SPRM Sabah
o Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
o Bahagian Integriti dan Governans Negeri Sabah
o Kementerian Kewangan Negeri Sabah
o Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah
o Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah
o Kementerian Kerja Raya Sabah
o Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah
o Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah
o Kementerian Belia dan Sukan Sabah
o Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan
o Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah
o Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah
o Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pentadbiran)
o Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan)
o Jabatan Peguam Besar Negeri
o Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri
o Dewan Bandaraya Kota Kinabalu
o Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan, Jabatan Ketua Menteri
o Unit Perancang Ekonomi Negeri
o Jabatan Tanah dan Ukur
o Jabatan Bendahari Negeri Sabah
o Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah
o Jabatan Kerja Raya
o Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri
o Pejabat Mufti Negeri Sabah
o Bahagian Istiadat dan Protokol, Jabatan Ketua Menteri
o Bahagian Pengurusan Kewangan, Jabatan Ketua Menteri
o Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah
o Jabatan Pembangunan Industri dan Penyelidikan
o Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah
o Sabah Tourisms Board
o Jabatan Pembangunan Sumber Manusia

o Pejabat Setiausaha Kerajaan Persekutuan Sabah
o Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
o Polis Diraja Malaysia
o Jabatan Imigresen Sabah
o Jabatan Kesihatan Negeri Sabah
o Jabatan Penerangan Malaysia Sabah
o Jabatan Penyiaran Malaysia Sabah
o Malaysia Airport Sdn. Bhd.
o Jabatan Penjara Malaysia
o Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah
o Jabatan Sukarelawan Malaysia Sabah