Pengenalan
Aspirasi KITA dicetuskan oleh YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah semasa ucapan perasmian Hari Integriti Negeri Sabah pada 1 September 2022 di Menara Kinabalu. Hasrat murni tersebut seterusnya diterjemah oleh YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, Setiausaha Kerajaan Negeri melalui jalinan kolaborasi bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).