NAMA : DATUK HAJI RODZI BIN MD SAAD
JAWATAN: KETUA PENGARAH MAMPU
ALAMAT : PEJABAT KETUA PENGARAH MAMPU, JPM ARAS 6 SETIA PERDANA 2, PUTRAJAYA
H/P : 012 2578996
E-MEL : rodzi@mampu.gov.my
LATAR BELAKANG AKADEMIK
1. DIPLOMA PENGURUSAN AWAM, INTAN, 1997
2. DIPLOMA PENGURUSAN AWAM, INTAN, 1997
3. SARJANA MUDA PENGAJIAN DEMOGRAFI KELAS DUA TINGGI, UM, 1987
BUTIRAN PROFIL
YBhg. Datuk Haji Rodzi bin Md Saad merupakan Ketua Pengarah, Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) bermula dari 30 Mei 2023.
YBhg. Datuk dilahirkan pada tahun 1964 dan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Demografi dari Universiti Malaya pada tahun 1987. Beliau juga mempunyai kelulusan Diploma Pendidikan dari Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1989 dan Diploma Pengurusan Awam dari Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) pada tahun 1997. Beliau kemudiannya menyambung pengajian di peringkat Sarjana dalam bidang Pengajian Perangsaraf Media dan Informasi dari Universiti Teknologi MARA pada tahun 2006.
YBhg. Datuk memulakan kerjaya perkhidmatan awam beliau dalam bidang pendidikan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah pada tahun 1990 sehingga tahun 1996. Beliau kemudiannya berkhidmat sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik di Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri sehingga tahun 2023 sebelum dilantik sebagai Ketua Pengarah MAMPU. Sepanjang perkhidmatan beliau di Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri, beliau terlibat dalam pelbagai isu keselamatan negara antaranya mengetuai delegasi Malaysia bagi mendepositkan 158 titik pangkal negara kepada The Division of Ocean Affair and the Law of the Sea (DOALOS) di Ibu Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), New York, sebagai tonggak utama dalam pengurusan COVID-19 di Malaysia, mengetuai, merancang serta menggubal Akta Majlis Keselamatan Negara (Pindaan) 2020, menggubal dan mencadangkan penubuhan ESSZONE dan ESSCOM di Sabah pada tahun 2012, menyelaras Operasi Pengurusan Keganasan di Lahad Datu pada tahun 2012, mengetuai Misi Operasi SAR Keruntuhan Gunung Kinabalu pada tahun 2015 dan mewakili negara ke pembentangan mengenai Pengurusan Bencana Negara di peringkat antarabangsa. Dengan lebih dari 25 tahun pengalaman dalam bidang keselamatan, YBhg. Datuk berkompeten dalam bidang pengurusan keselamatan negara secara menyeluruh, pengurusan krisis serta geraksaraf perangsaraf.
YBhg. Datuk telah dianugerahkan dengan darjah kebesaran Ahli Darjah Kinabalu (ASDK) pada tahun 2002, Ahli Mangku Negara (AMN) pada tahun 2011, Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) pada tahun 2016 yang membawa gelaran "Datuk" dan Johan Mangku Negara (JMN) pada tahun 2020 atas sumbangan beliau kepada negara.