NAMA : CP. DATO' SRI MOHD SHUHAILY MOHD ZAIN

JAWATAN: PENGARAH JABATAN SIASATAN JENAYAH (JSJ) BUKIT AMAN

BIODATA RINGKAS

Beliau dilahirkan pada 12 Julai 1972 di Kuala Lumpur. Berkelulusan Ijazah Sarjana dalam Pengajian Strategik dari Universiti Teknologi Nanyang, Singapura dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perhubungan Antarabangsa dari Universiti Islam Antarabangsa (UIAM).

Beliau memulakan perkhidmatan dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan menjalani latihan asas pada 1 Disember 1997 di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur. Selepas tamat latihan, beliau telah ditugaskan di Jabatan Cawangan Khas Bukit Aman. Sepanjang 26 tahun perkhidmatan beliau, beliau menyandang pelbagai jawatan dalam PDRM antaranya Pegawai Penjaga Polis Daerah (OCPD) Daerah Hilir Perak (2014), Ketua Cawangan Khas Pahang (2016), Ketua Penolong Pengarah E1 Cawangan Khas (2017). Timbalan Pengarah Cawangan Khas E1 (2020), Ketua Polis Pulau Pinang (2021) dan Ketua Polis Kuala Lumpur (2023). Beliau kemudiannya dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah pada 10 Ogos 2023 sehingga kini.

Beliau mempunyai pengalaman yang luas dan pakar dalam bidang perisikan dan antiterorisme. Beliau juga pernah dilantik sebagai Atase Polis di Kedutaan Malaysia di Washington, Amerika Syarikat.