Forum dan sesi interaktif

Panelis & Moderator

FORUM INTERAKTIF 1

Nudging Integrity: Mengubah Budaya Organisasi Melalui Sains Tingkah Laku

Moderator

ENCIK SAFWAN SAWI

Regional Correspondent TV3 Sabah · Media Prima Berhad

FORUM INTERAKTIF 1Nudging Integrity: Mengubah Budaya Organisasi Melalui Sains Tingkah Laku

Wartawan Media Prima yang berpengalaman 15 tahun kewartawanan dan penyiaran. Bermula di Sri Pentas 2011 sebelum menjadi Koresponden TV3 Sabah sejak 2019 hingga kini. Sepanjang kerjayanya, beliau mengupas pelbagai isu ekonomi, sosial, politik, keselamatan, alam sekitar dan tadbir urus menerusi liputan dalam dan luar negara. Antara liputan eksklusif terlibat, Ops Daulat pencerobohan pengganas di Lahad Datu 2013, pemilihan Malaysia sebagai anggota Lembaga Eksekutif UNESCO di Paris 2015 serta liputan CEO of the Year AirAsia ketika itu, Tan Sri Tony Fernandes, CAPA Aviation Awards Amsterdam 2016. Penyampaian beliau mendapat perhatian tular bermula dengan laporan Transit Aliran Massa (MRT). Lapangannya turut merangkumi cabaran belantara penemuan lebih 10 air terjun baharu Imbak Canyon 2024. Juga terlibat program televisyen, siaran langsung, podcast serta wawancara eksklusif beberapa tokoh pemimpin tanah air. Pengalaman bersama masyarakat dan pembuat dasar mengupas isu dinamik memudah cara diskusi lebih dekat dengan kepentingan khalayak.

Anugerah • Pemenang Kinabalu Press Awards 5 tahun berturut-turut 2021 hingga 2025. • Anugerah Kewartawanan Muda A. Samad Ismail, Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI PETRONAS 2018.

Pengalaman • Penyampai berita Buletin Utama sempena Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-17. • Hos podcast Utama TV3. • Wawancara khas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, sempena empat tahun pentadbiran Kerajaan Sabah. • Wawancara eksklusif bersama mantan Perdana Menteri Malaysia keenam dan ketujuh. • Hos Dialog Siswa Sinar Harian, Universiti Teknologi MARA (UiTM). • Moderator Knowledge FAIR, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). • Penceramah dan ahli panel program komunikasi, media serta pengucapan awam anjuran agensi kerajaan dan institusi pendidikan termasuk AADK, SKMM, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pendidikan serta universiti awam dan swasta.

Panel

ENCIK MOHAMMED ALAMIN BIN REHAN

Pengarah · Seksyen Daya Saing Negara, Malaysia Productivity Corporation (MPC)

FORUM INTERAKTIF 1Nudging Integrity: Mengubah Budaya Organisasi Melalui Sains Tingkah Laku

PENGENALAN & LATAR BELAKANG - Dilahirkan pada 13 Januari 1979 di Kuantan, Pahang, - Pengalaman lebih 23 tahun dalam bidang produktiviti, daya saing dan reformasi peraturan. - Berpengalaman menerajui pelbagai inisiatif strategik yang memberi impak kepada pembangunan ekonomi, produktiviti dan daya saing di peringkat negeri serta nasional.

PENCAPAIAN UTAMA DALAM SEKTOR AWAM Program Reformasi Kerenah Birokrasi - Menerajui lebih 1,000 inisiatif reformasi peraturan dengan penjimatan kos pematuhan melebihi RM1 bilion setahun.

Peningkatan Daya Saing Negara - Menyumbang kepada peningkatan kedudukan Malaysia dalam WCR 2026 daripada tangga ke-23 kepada ke-15.

Pasukan Petugas Khas ILTIZAM - Terlibat dalam pembangunan reformasi penyampaian perkhidmatan kerajaan melalui pelaksanaan Akta ILTIZAM.

Dasar Ekonomi Perkongsian - Menyumbang kepada pembangunan dasar dan garis panduan sektor ekonomi perkongsian termasuk penginapan jangka pendek.

Behavioural Insights (BI) - Memimpin penerapan Behavioural Insights (BI) dalam pembangunan dasar dan peraturan awam.

Penerbitan & Kerangka Dasar - Menerajui penerbitan dokumen dan kerangka dasar berkaitan produktiviti serta reformasi peraturan di peringkat nasional dan antarabangsa.

SUMBANGAN UTAMA KEPADA SEKTOR SWASTA Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (PEMUDAH) - Memimpin inisiatif pemudahcara urusan perniagaan dan penambahbaikan proses peraturan.

Pengurusan Bateri EV secara Kendiri Industri - Terlibat dalam pembangunan garis panduan pengurusan bateri EV secara kendiri oleh industri.

Meningkatkan Iklim Perniagaan - Menyokong reformasi peraturan bagi mewujudkan persekitaran perniagaan yang lebih cepat, telus dan berdaya saing.

PERANAN DI PERINGKAT ANTARABANGSA Pasukan Kerja NGCC: Meningkatkan Akses Pasaran ke Amerika Syarikat - Terlibat dalam usaha menangani halangan bukan tarif serta meningkatkan akses pasaran Malaysia.

Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN-Kanada (ACAFTA): Pengerusi Bersama Kumpulan Kerja Amalan Peraturan Baik (WG-GRP) - Memimpin perbincangan teknikal ASEAN berkaitan Good Regulatory Practices (GRP).

Kerjasama ASEAN–OECD dalam Rangkaian Amalan Peraturan Baik (GRPN) - Memberikan kepimpinan teknikal dalam pembangunan kapasiti dan perkongsian amalan terbaik reformasi peraturan.

Rundingan Strategik dan Penglibatan Antarabangsa: Wakil Utama Malaysia dalam Bab Amalan Peraturan Baik - Ketua perunding Malaysia bagi bab GRP dalam MEUFTA, IPEF dan CPTPP

Panel

ENCIK MOHAMMAD ABDUL HAMID

Founder Nudge Malaysia · (Behavioural Insight Consultancy)

FORUM INTERAKTIF 1Nudging Integrity: Mengubah Budaya Organisasi Melalui Sains Tingkah Laku

Mohammad ialah seorang perunding dasar awam dengan pengalaman profesional merentasi sektor awam, NGO dan industri minyak dan gas. Sejak menubuhkan Behavioural Insights Consultancy (Nudge Malaysia) pada tahun 2019, beliau kerap mengendalikan latihan dan bengkel, di samping melaksanakan kajian dalam bidang behavioural insights.

Diiktiraf atas kepakaran beliau, Mohammad pernah menjadi pensyarah dalam bidang Ekonomi Gelagat (Behavioural Economics) dan Kewangan Gelagat (Behavioural Finance) di Universiti Malaya, dan kini berada dalam jawatankuasa kurikulum untuk program Doktor Dasar Awam di universiti yang sama. Beliau juga merupakan Felo Penyelidik di sebuah badan pemikir tempatan, KADRI. Penulisan beliau pernah diterbitkan dalam Social Protection Insight terbitan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Sebagai pengiktirafan atas sumbangannya, beliau telah dianugerahkan "Productivity Champion – Leader" oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) pada tahun 2022.

Sebagai seorang penceramah yang berpengalaman, Mohammad pernah menyampaikan ucapan TEDx, ditemuramah media, dan berucap di pelbagai platform, termasuk bengkel behavioural insights anjuran Asian Productivity Organisation (APO), bengkel literasi kewangan anjuran Financial Education Network, Bank Negara Malaysia dan Majlis Sosial Negara dan Persidangan Behavioural Science anjuran Kementerian Kesihatan (KKM). Beliau juga merupakan pengarang buku Towards A Humane Economy and Sustainability dan Garis Panduan Kebangsaan Behavioural Insights. Mohammad memegang ijazah Sarjana dalam Dasar Awam dari Universiti Malaya dan Sarjana Falsafah dari Universiti Cambridge, di mana beliau ditaja di bawah biasiswa Chevening.

Panel

ENCIK SAIFUL ADLI BIN SUHAIMI

Ketua Unit Behavioural Insight · Institut Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan, Kermenterian Kesihatan Malaysia (KKM)

FORUM INTERAKTIF 1Nudging Integrity: Mengubah Budaya Organisasi Melalui Sains Tingkah Laku

Dr. Saiful Adli bin Suhaimi ialah Pegawai Pendidikan Kesihatan dan Ketua Unit Behavioural Insights di Institut Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan (IPTK), Institut Kesihatan Negara (NIH), Kementerian Kesihatan Malaysia. Beliau yang sebelum ini pernah berkhidmat di Bahagian Pendidikan Kesihatan, Ibu Pejabat KKM telah menyumbang kepada pelbagai inisiatif kebangsaan termasuk memulakan Kempen 10,000 Langkah pada tahun 2009, Garis Panduan Aktiviti Fizikal Malaysia, dan Pelan Strategik Kebangsaan bagi Gaya Hidup Aktif. Beliau memegang ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam Kesihatan dan Kecergasan daripada Universiti Malaya, dengan fokus penyelidikan terhadap komunikasi perubahan tingkah laku bagi menangani gaya hidup sedentari.

Menerusi Unit Behavioural Insights, beliau dan pasukannya aktif menjalankan penyelidikan, advokasi, konsultasi dan latihan bina upaya sains tingkah laku dan behavioural insights di peringkat KKM dan lain-lain agensi. Di peringkat global, beliau aktif bekerjasama dengan WHO antaranya pembangunan Global Monitoring Framework for Behavioural Sciences, Behavioural Insights Glossary dan Regional Action Framework on Communication for Health. Pada tahun 2025 beliau telah mengikuti kursus intensif Cognitive Psychology di University of Oxford dan turut mengikuti sijil Aplikasi Sains Tingkah Laku untuk Polisi Awam dari World Bank. Baru-baru ini, beliau telah membentangkan National Blueprint on Behavioural Insights in Health di Acara Sampingan Perhimpunan Kesihatan Sedunia (World Health Assembly) ke-79 di Geneva, Switzerland

FORUM INTERAKTIF 2

Bila Maruah Menjadi Galang Ganti

Moderator

ENCIK AHMAD FEDTRI YAHYA

Personaliti dan Pengacara · TV3

FORUM INTERAKTIF 2Bila Maruah Menjadi Galang Ganti

Ahmad Fedtri bin Yahya merupakan seorang pengacara profesional, penerbit televisyen, jurulatih komunikasi, penulis lirik, penulis buku, moderator forum serta penggiat pantun yang telah berkecimpung lebih 22 tahun dalam industri penyiaran dan pengacaraan. Pengalaman luas beliau merangkumi penerbitan televisyen, pengacaraan majlis, penulisan skrip dan lirik lagu, latihan komunikasi, motivasi kepada pelajar dan pekerja, selain berperanan sebagai penasihat industri kepada institusi pengajian tinggi.

Dalam bidang akademik, beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dari Universiti Sains Malaysia yang diperoleh pada tahun 2003. Beliau kini sedang mengikuti pengajian Sarjana Pendidikan Bahasa Melayu di Universiti Pendidikan Sultan Idris sejak 2025. Pada tahun yang sama, beliau turut terpilih sebagai ELITE@UM Fellow di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Selain itu, beliau turut berperanan sebagai Penasihat Industri bagi program Ijazah Sarjana Muda Dakwah dengan Komunikasi di Universiti Sultan Azlan Shah.

Sepanjang kerjayanya, Fedtri Yahya telah membina reputasi yang kukuh dalam bidang penyiaran dan komunikasi melalui penglibatan dalam pelbagai program televisyen serta acara berprestij. Kewibawaan beliau sebagai pengacara dan pengulas turut mendapat pengiktirafan menerusi Anugerah Pengacara TV Terbaik dan Pengulas TV Terbaik di Anugerah Seri Angkasa bagi tahun 2022 dan 2024. Beliau juga menerima pengiktirafan sebagai Ikon Bahasa Kebangsaan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka bagi 2023/2024, selain dianugerahkan Tokoh Pendakwah Kreatif sempena Anugerah Maal Hijrah Wilayah Persekutuan pada tahun 2021.

Bakat beliau bukan sahaja menyerlah dalam dunia penyiaran, malah turut berkembang dalam bidang penulisan kreatif dan muzik. Sebagai penulis lirik, hasil karya beliau telah menerima pengiktirafan dalam industri muzik tanah air. Antaranya termasuk kejayaan dalam Anugerah Juara Lagu menerusi kategori Etnik Kreatif pada tahun 2007 serta pencapaian tempat ketiga pada tahun 2018. Beliau turut memenangi kategori Lagu Pop Etnik Terbaik dalam Anugerah Industri Muzik pada tahun 2011, 2012 dan 2015 serta kategori Lagu Nasyid Terbaik pada tahun 2016.

Panel

PROFESOR DATO' DR. MOHD IZHAR ARIFF BIN MOHD KASHIM

Dekan Fakulti Pengajian Islam · Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

FORUM INTERAKTIF 2Bila Maruah Menjadi Galang Ganti

Profesor Dato’ Dr. Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim merupakan seorang tokoh akademik dan pakar dalam bidang Fiqh, Fatwa, Makanan dan Kepenggunaan. Beliau dilahirkan pada 14 Januari 1979 di Petaling Jaya, Selangor. Latar belakang akademiknya merangkumi Diploma Syariah dan Bahasa Arab dari Damascus, Syria, Ijazah Sarjana Muda Kepujian dari Universiti Al-Azhar, Mesir, Sarjana Pengajian Islam dalam bidang Syariah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), serta Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Fiqh Makanan dan Fatwa Semasa dari UKM.

Dalam bidang pentadbiran akademik, beliau kini memegang jawatan sebagai Dekan Fakulti Pengajian Islam (FPI), UKM bagi tempoh 2 Januari 2025 hingga 1 Januari 2027. Sebelum itu, beliau pernah menjawat jawatan Timbalan Dekan Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat dari tahun 2021 hingga 1 Januari 2025, memangku Timbalan Dekan Siswazah pada tahun 2023, menjadi Ketua Jaringan Industri dan Komuniti pada tahun 2018 hingga 2020, serta Penyelaras Sijil Syariah FPI UKM. Beliau juga merupakan Felo Bersekutu Hadhari sejak 2017, Felo Ekonis sejak 2013 dan Duta Wakaf Ilmu UKM sejak 2024.

Dalam bidang pengajaran dan penyeliaan, beliau terlibat mengendalikan kursus-kursus berkaitan Fiqh Makanan dan Kepenggunaan Semasa, Aplikasi Usul dan Kaedah Fiqh Semasa, Persoalan Fiqh Semasa serta Kajian Fatwa Kontemporari. Pengalaman beliau dalam penyeliaan akademik turut merangkumi 44 pelajar Sarjana, 18 pelajar Doktor Falsafah dan 100 latihan ilmiah.

Selain bidang akademik, Profesor Dato’ Dr. Mohd Izhar Ariff turut dikenali sebagai personaliti media dan penceramah agama. Beliau telah tampil dalam pelbagai program televisyen dan media seperti Forum Perdana Ehwal Islam, MyHalal, Sirah Para Nabi dan Rasul, Selamat Pagi Malaysia, Anda Musykil, Malaysia Hari Ini, Wanita Hari Ini, Motivasi Pagi, al-Kuliyyah, Da’i Milenia, Da’i Nusantara, Halaqah, Tanyalah Ustaz, al-Hidayah, Dakwah Live, Labbaikallah, Assalamualaikum, Betul ke Ustaz, Maqasid Syariyyah, Madrasah Syariah, Cinta Ilmu, Mursyid Imam, Pencetus Ummah, Tazkirah Malam Jumaat, Salam Dhuha, Soal Ustaz, Diari Ustaz dan Adab dalam Islam. Kehadiran beliau di media turut disokong oleh jumlah pengikut yang besar, iaitu sekitar 1.1 juta di Facebook dan 670 ribu di Instagram seperti dinyatakan dalam profil.

Di peringkat kebangsaan pula, beliau memegang pelbagai peranan penting termasuk sebagai Ahli Majlis Fatwa Wilayah Persekutuan, Ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan bagi tempoh 2024 hingga 2026, Ahli Panel Pensijilan Halal Negeri Selangor, Penasihat Majlis Halal Malaysia, Panel Pakar Syariah Kebangsaan JAKIM dan Ahli Majlis Penasihat Sijil Halal Malaysia. Beliau juga terlibat sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti MAIWP, Panel Pemikir Manhaj Malaysia, Panel Pemikir Wasatiyyah Malaysia, pemikir bagi beberapa kementerian, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM serta panel dalam beberapa majlis pemikir peringkat kebangsaan. Dalam bidang penyelidikan strategik, beliau turut menjadi pakar rujuk kajian Fiqh Sains MOSTI dan Ketua Penyelidik Kajian Parameter Pembikinan Vaksin Halal Negara bersama MOSTI dan NIBM.

Sepanjang kerjayanya, beliau turut menerima pelbagai anugerah kecemerlangan akademik dan perkhidmatan. Antaranya ialah Pingat Perkhidmatan Cemerlang Persekutuan pada tahun 2025, Anugerah Pensyarah Cemerlang FPI UKM pada tahun 2024, Anugerah Bitara Penerbitan Makalah UKM, Anugerah Ahli Akademik Terbaik FPI UKM, Anugerah Kecemerlangan MyRA, Anugerah Penyelia PhD Terbaik, Anugerah Buku Kebangsaan Terbaik, Anugerah Bitara UKM serta Anugerah ICON Pendakwah Muda TV Al-Hijrah dan Pendakwah Muda YADIM pada tahun 2015.

Panel

DR. ROBIAH K. HAMZAH

Pengarah Urusan RKH Motivation & Services · Pakar Motivasi dan Kaunseling Keluarga

FORUM INTERAKTIF 2Bila Maruah Menjadi Galang Ganti

Dr. Robiah K. Hamzah merupakan seorang pakar motivasi dan kaunselor keluarga yang berpengalaman luas dalam bidang pendidikan, latihan, pembangunan insan dan kekeluargaan. Beliau kini berkhidmat sebagai Pengarah Urusan dan Perunding Utama di RKH Motivation & Services, di samping aktif sebagai penceramah, jurulatih serta perunding dalam pelbagai program pembangunan diri dan organisasi.

Dalam bidang pendidikan, Dr. Robiah memulakan persekolahan rendah dan menengah di Parit, Perak sebelum mengikuti latihan perguruan di MPIK, Cheras, Kuala Lumpur. Beliau kemudiannya melanjutkan pengajian di Universiti Malaya dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kepujian serta Sarjana Pendidikan. Seterusnya, beliau meneruskan pengajian ke peringkat Doktor Falsafah di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Dari segi pengalaman kerjaya, beliau pernah mengajar di empat buah sekolah dan menjadi pensyarah di empat buah maktab perguruan. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai pensyarah sambilan di beberapa institusi pengajian tinggi, antaranya Universiti Malaya, Universiti Putra Malaysia, Universiti Teknologi MARA dan Open University Malaysia.

Penglibatan beliau dalam bidang pembangunan belia dan kemasyarakatan juga sangat luas. Dr. Robiah telah dilatih dan diiktiraf sebagai Jurulatih Belia Negara di peringkat kebangsaan dan antarabangsa melalui program International Training of Trainer in Youth Work. Beliau turut berperanan sebagai Pembimbing Rakan Sekerja Kementerian Pendidikan dan aktif dalam pelbagai pertubuhan bukan kerajaan. Antaranya, beliau pernah menjadi Presiden Persatuan Wanita Islam Antarabangsa (IMWU), Exco Kebangsaan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung, Exco Kebangsaan Majlis Belia Malaysia serta Naib Yang Dipertua Kesatuan Pelajar Melayu Selangor. Beliau juga pernah mewakili Malaysia sebagai pemimpin belia ke Jepun, India, Singapura dan Thailand.

Di peringkat antarabangsa, beliau pernah menjadi pensyarah jemputan pakar bahasa di Regional Language Centre, Singapura, selain menerima jemputan sebagai penceramah di Jakarta, Brunei Darussalam, Michigan State University di East Lansing, Michigan serta Malaysian Student Department di Chicago, Amerika Syarikat. Sumbangan beliau dalam pembangunan belia turut diiktiraf melalui Anugerah Pingat Bakti Belia Malaysia pada tahun 2018 oleh Majlis Belia Malaysia.

Beliau turut memiliki tauliah daripada Majlis Agama Islam Selangor dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. Dalam bidang dakwah dan pembangunan wanita, beliau menerima Anugerah Siti Khadijah sebagai Tokoh Wanita sempena Maal Hijrah 1447H/2025 Negeri Perak. Sebelum itu, beliau telah dinobatkan sebagai Tokoh Pendakwah Wanita Jabatan Agama Islam Selangor Daerah Petaling pada tahun 2022 dan pernah dicalonkan bagi Anugerah Pendakwah Wanita Negara anjuran YADIM pada tahun 2015.

Statistik laman

Statistik Lawatan

018,574

Jumlah pelawat

021,036

Pelawat bulan ini

031,106

Pelawat 7 hari ini

04291

Pelawat hari ini