Arkib rasmi

KITA 2023

Konvensyen Integriti, Tadbir Urus dan Antirasuah 2023

Tarikh16 & 17 Oktober 2023 LokasiSabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu

Mengenai KITA 2023

Pengenalan

Aspirasi KITA dicetuskan oleh YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah semasa ucapan perasmian Hari Integriti Negeri Sabah pada 1 September 2022 di Menara Kinabalu. Hasrat murni tersebut seterusnya diterjemah oleh YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, Setiausaha Kerajaan Negeri melalui jalinan kolaborasi bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sasaran penyertaanPenyertaan kira-kira 2,300 peserta dari seluruh Malaysia.

Hala tuju program

Objektif & impak

Usaha memperkukuh Governans, Integriti dan Antirasuah (GIA) melalui ilmu, jaringan serta kolaborasi antara agensi.

Objektif 2023

  1. 01

    Meningkatkan ilmu pengetahuan, kemahiran dan keunggulan sahsiah diri.

  2. 02

    Meningkatkan pendedahan dan memperkaya pengalaman melalui perkongsian ilmu pengetahuan, inspirasi kejayaan dan budaya berprestasi tinggi.

  3. 03

    Mewujudkan sinergi pelbagai agensi dalam memaksimumkan penggunaan sumber dan idea bagi tindakan pemantapan GIA.

  4. 04

    Memperluas jaringan profesional dan sosial antara peserta dengan pihak berkepakaran dalam bidang GIA.

Impak yang disasarkan

  • Meningkatkan ilmu pengetahuan, mengasah kemahiran dan membentuk diri yang unggul dalam memperkasa usaha-usaha GIA.
  • Melebarkan jaringan profesional dan sosial serta merancakkan kolaborasi pengurusan GIA antara agensi awam dan korporat.
  • Memperkaya pengalaman peserta melalui perkongsian dan aspirasi kejayaan daripada pakar yang diundang.
  • Mempererat hubungan Kerajaan Negeri dengan SPRM dan meningkatkan peluang kolaborasi ke arah Sabah bebas rasuah.
  • Meningkatkan reputasi dan kredibiliti Kerajaan Negeri Sabah sebagai pelopor, peneraju dan penanda aras pemantapan GIA.

Pengisian konvensyen

Pleno & forum interaktif

Topik utama dan barisan penyampai yang direkodkan dalam laman KITA 2023.

Pleno 1

Humanizing Service Delivery: Serve with Soul

YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong

Pleno 2

Gerakan Pemantapan Tata Kelola Nasional

Dato' Nor Azmi bin Karim

Forum Interaktif 1

Tata Kelola di Era Digital: Bersediakah KITA?

Datuk Haji Rodzi Md Saad dan Prof. Dato' Dr. Mazliham Mohd Su'ud; moderator Datuk Zainudin Aman

Pleno 3

Pembanterasan Rasuah dalam Membangun Malaysia MADANI: Peranan KITA?

Profesor Madya Dr. Hartini Saripan

Forum Interaktif 2

Integriti Teras Perkhidmatan MADANI: Caknakah KITA?

Dato’ Murshid Diraja Dr. Juanda Jaya dan Datuk Ustaz Haji Bungsu @ Aziz Haji Jaafar; moderator Dr. Rozaidi Abdul Rahim Razali

Tokoh & pakar jemputan

Barisan penceramah

Profil ringkas penceramah, ahli panel dan moderator berdasarkan kandungan laman terdahulu.

Potret YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong
Pleno 1

YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong

Setiausaha Kerajaan Negeri

Potret Dato' Nor Azmi bin Karim
Pleno 2

Dato' Nor Azmi bin Karim

Pengarah Bahagian Pengurusan Integriti Agensi, SPRM

Potret Profesor Madya Dr. Hartini Saripan
Pleno 3

Profesor Madya Dr. Hartini Saripan

Dekan Fakulti Undang-Undang, Universiti Teknologi MARA

Potret Datuk Haji Rodzi bin Md Saad
Forum Interaktif 1 · Panel

Datuk Haji Rodzi bin Md Saad

Ketua Pengarah MAMPU

Potret Prof. Dato' Dr. Mazliham Mohd Su'ud
Forum Interaktif 1 · Panel

Prof. Dato' Dr. Mazliham Mohd Su'ud

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, MMU

Potret Datuk Zainudin bin Aman
Forum Interaktif 1 · Moderator

Datuk Zainudin bin Aman

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri

Potret Dato’ Murshid Diraja Dr. Juanda Jaya
Forum Interaktif 2 · Panel

Dato’ Murshid Diraja Dr. Juanda Jaya

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman)

Potret Datuk Ustaz Haji Bungsu @ Aziz Haji Jaafar
Forum Interaktif 2 · Panel

Datuk Ustaz Haji Bungsu @ Aziz Haji Jaafar

Mufti Kerajaan Negeri Sabah

Potret Dr. Rozaidi bin Abdul Rahim Razali
Forum Interaktif 2 · Moderator

Dr. Rozaidi bin Abdul Rahim Razali

Pengurus Besar Kumpulan

Koleksi visual

Sorotan KITA 2023

Pilih mana-mana imej untuk paparan yang lebih besar.

Catatan arkibKandungan ini diadaptasi daripada laman rasmi KITA dan dikemas semula mengikut tema laman KITA 2026.

Lihat arkib 2024

Statistik laman

Statistik Lawatan

018,596

Jumlah pelawat

021,058

Pelawat bulan ini

031,128

Pelawat 7 hari ini

04313

Pelawat hari ini